27卒マレーシア人留学生対象就活対策セミナー
2025年10月3日
Seminar Persediaan Kerjaya untuk Pelajar Malaysia Graduan Tahun 2027
Strategi Efisien untuk Menacri Kerja pada Musim Luruh & Sejuk serta Sesi Perkongsian Pengalaman oleh Senior yang Bekerja di Syarikat Terkemuka Jepun
【Butiran Seminar】
Tema: Strategi Efisien untuk Mencari Kerja pada Musim Luruh & Sejuk serta Sesi Perkongsian Pengalaman oleh Senior yang Bekerja di Syarikat Terkemuka Jepun
Bahagian Pertama: Seminar oleh Penceramah Profesional 1. Apakah persediaan mendapatkan tawaran kerja awal daripada syarikat terkemuka? 2. Apakah kriteria penilaian penting yang akan dinilai oleh syarikat Jepun semasa mengambil pelajar antarabangsa bekerja? 3. Apakah perkara yang perlu diberi perhatian dalam mencari syarikat terkemuka yang aktif mengambil pelajar antarabangsa ? 4. Bagaimanakah cara yang menyeronokkan bagi pelajar antarabangsa untuk membuat kajian industri dan syarikat yang sering dianggap sukar? 5. Apakah perkara yang dinilai dalam Entry Sheet (ES) dan resume?Bagaimana strategi menjawab soalan lazim ditanya dalam temuduga? Bahagian Kedua: Perkongsian Pengalaman oleh Senior Pelajar Malaysia Jom dengar perkongsian pengalaman dan dapatkan nasihat daripada senior pelajar Malaysia yang telah berjaya menerima tawaran kerja daripada syarikat terkemuka! Bahagian Ketiga: Sesi Soal Jawab ----------------------------------------------------------------------------------------【Pengenalan Penceramah】Linlin Cao
Syarikat Sokongan Pekerjaan untuk Pelajar Antarabangsa
Presiden Pengarah, TAIYO JOB Co., Ltd.
<Profil>
Sejak tahun 2012, beliau telah terlibat secara aktif dalam memberikan khidmat perundingan kepada syarikat-syarikat global utama di Jepun berkaitan pengambilan tenaga kerja asing, serta menyokong pelajar antarabangsa dalam proses pencarian kerja dan perubahan kerjaya di Jepun.Beliau khususnya memberi tumpuan kepada sokongan kerjaya dalam bidang sains dan kejuruteraan. Sepanjang 13 tahun, beliau telah membantu lebih daripada 10,000 pelajar antarabangsa, terutamanya daripada lebih 10 buah negara dengan latar belakang sains dan teknologi, untuk berjaya dalam pencarian kerja mereka di Jepun.Selain itu, beliau juga aktif sebagai pensyarah dan pembimbing dalam bidang pencarian kerja untuk pelajar antarabangsa di pelbagai universiti seperti Universiti Sains dan Teknologi Nagaoka, Universiti Sains dan Teknologi Toyohashi, Universiti Telekomunikasi, Universiti Teknologi Shibaura, Universiti Sophia, dan Universiti Lautan Tokyo.
過去開催セミナー
開催概要
【開催日】 | 10月18日(土) |
---|---|
【時間】 | 13:00〜14:00 |
【開催場所】 | WEB(Zoom) |
【対象年度】 | 2027卒(2026年9月or 2027年3月卒業見込みのマレーシア人留学生) |
【定員】 | 先着30名(事前に参加申し込みの必要があります) |
【参加費】 | 無料 |
【持ち物・服装】 | 筆記用具、ノート(服装は自由です) |